Thursday, December 31, 2009

Mengatasi Rasa Gugup



Mengapa kita nervous ataupun dalam istilah yang kita lebih jelas iaitu gugup, gementar dan takut? Jawapannya mudah. Ia adalah kerana kita rasa diancam, kita jarang melakukannnya ataupun kepada kita tidak bersedia. Kita rasa gugup, gementar dan takut untuk tinggal seorang di rumah pada waktu malam kerana ransangan maklumat dalam minda kita yang menyatakan tinggal seorang bahaya. Terdedah dengan bayak risiko dan sebagainya. Begitu juga, kita rasa gugup, gementar dan takut apabila ingin berucap di hadapan orang mungkin kerana rasa terancam dengan persepsi dan pandangan yang akan diberikan oleh penonton kepada kita. Mungkin juga kerana kita jarang sekali berucap ataupun mungkin juga kerana kita tidak bersedia untuk memberikan ucapan. Kita tidak bersiap sedia dengan bahan dan rujukan sebelum memberikan ucapan.

Justeru, jika kita faham alasan mengapa kita takut, maka mudah untuk kita mencari ramuan yang sesuai bagi mengatasinya. Jika alasan kita rasa gugup, gementar dan takut kerana rasa terancam, mungkin dapat kita atasi masalah itu dengan mewujudkan sesuatu yang dapat menjamin keselamatan kita sama ada secara fizikal ataupun metafizikal. Contohnya, jika kita gugup untuk mengendalikan kelas sambil diperhatikan oleh pensyarah, mungkin kita boleh menyediakan alat bantu mengajar yang banyak supaya perhatian kita teralih kepada proses memanfaatkan alat bantu mengajar itu. Secara tidak langsung juga, psikologi kita tertumpu kepada bahan itu dan ia secara tidak langsung mengalihkan perhatian minda separa sedar kita kepada kesibukan menguruskan alat bantu mengajar berbanding rasa gugup, gementar dan takut.

Jika alasan kita rasa gugup adalah disebabkan kita tidak pernah lagi melalui pengalaman mengajar sambil diperhatikan oleh seseorang yang kita hormati, kita boleh melakukan latihan di rumah ataupun mungkin di sekolah (dengan kebenaran guru besar) bagi meletakkan seseorang teman, guru pembimbing ataupun sama ada ibu ataupun bapa kita sebagai pemerhati. Sekurang-kurangnya mereka dapat memberikan komen membina tanpa menjejaskan penilaian kita berbanding komen daripada pensyarah yang sudah tentu mempengaruhi prestasi kita.

Akhirnya, jika kita rasa gugup kerana tidak bersedia, itu salah kita. Bersedialah. Bak kata sebahagian pensyarah, jangan rugikan masa mereka dengan sikap tidak bersedia kita. Masih ramai lagi teman-teman di luar yang ingin mendapatkan kerjaya seperti kita.

Walau apapun, cara yang paling biasa bagi mengatasi rasa gugup, gementar dan takut adalah dengan bersedia dan bersedia. Maksudnya adalah dengan melakukan latihan sebanyak yang mungkin. Bak kata orang practice makes perfect.

Jika kita gugup lagi, maka gunakanlah satu teknik rahsia yang diamalkan oleh ramai pemimpin dan tokoh hebat bagi menyalurkan rasa takut mereka. Tekniknya adalah dengan mendapat sesuatu benda yang ada pada diri kita sewaktu rasa takut itu dan kita setkan minda yang kita menyalurkan rasa gugup, gementar dan takut itu kepada benda itu sewaktu menyentuhnya. apakah benda-benda yang dapat kita gunakan? Sebahagian pemimpin menggunakan pen, cermin mata, butang baju, paper clip dan sebagainya. Bila timbul rasa gugup, pegang benda-benda itu, tarik nafas perlahan-lahan dan bayangkan yang kita sedang menyalurkan rasa takut itu kepada benda yang dipegang sewaktu nafas mengalir keluar daripada hidung. Lakukanlah selalu. ia berkesan.

Tidak percaya, tanyalah kepada Dato Seri Pak Lah, Dato Seri Najib, Tun M, Obama, ataupun Jennifer Lopez (J.Lo). Itulah yang J.lo ajarkan kepada kita dalam filem lakonannya dahulu, "Shall we Dance".

Apa pandangan teman-teman yang lain?

Artikel ini dipetik dari sini

Wednesday, December 16, 2009

Entry Ke-2


Inilah antara wajah2 budak2 kelas 1A yang sempat dirakam ketika sedang sibuk membuat assignment mereka.Kerajinan mereka ini patut dicontohi...huhuhu

Ahwan Wa Sahlan/Selamat Datang

Assalamualaiku.
Selamat datang ke blog GengKita0109.
Blog ini merupakan blog untuk rakan2 dari kelas j-QAF 1A intake Jan 09.
Ghajin2lah melawat blog ni. InsyaAllah akan dimuatkan banyak info2 terbaru berkaitan praktikum dan sebagainya.

Apa2 cadangan bolehla korang tambah kat bahagian komen nanti.

Salams..